8/30/10

Pengenalan

SHARIFAH BINTI SHUKRI (204291)

Fenomena dalam kehidupan hari ini tdak lekang daripada menceritakan tentang isu remaja yang bersikap sangat liar. Remaja kini dihimpit dengan pelbagai gejala negatif. Gejala negatif yang wujud dalam diri para remaja semakin hari semakin liar bagaikan ketiadaan ketamadunan dalam diri. Namun dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Masih ada remaja positif dengan sifat-sifat tertentu. Mari kita kaji perbezaan remaja negatif dan remaja positif ini.


Remaja Negatif
R= Relaks
E= Ego
M= Main-main
A= Angan-angan
J= Juara
A= Angau

Remaja Positif
R= Rajin
E= Elok peribadi
M= Motivasi
A= Agama
J= Jujur
A= Aktif



R E M A J A P O S I T I F
• Personaliti yang seimbang dan harmoni
• Tenang dan bersedia menghadapi cabaran
• Pengalaman kejayaan lebih banyak daripada kegagalan
• Bertimbang rasa dan berfikiran terbuka
• Bertanggapan positif pada diri sendiri
• Bangga diri dan berani mencuba
• Mudah bergaul dengan orang lain
• Mudah diteirma oleh orang lain
• Bersedia menerima nasihat, kritikan dan pandangan
• Mempunyai keyakinan diri yang penuh

R E M A J A N E G A T I F
• Personaliti yang tidak seimbang
• Pasif dan tidak bergaul serta bekerjasama dengan orang lain
• Banyak pengalaman kegagalan
• Bertanggapan buruk dan berfikiran terganggu
• Sentiasa menunjukkan muka masam dan muram
• Takut malu dan tidak mahu memikul tanggungjawab
• Sensitif pada nasihat dan kritikan
• Tidak suka bergaul dan tidak diterima rakan sebaya
• Tidak mahu mendengar ataupun menerima pandangan orang lain
• Tidak yakin dan tidak berani mencuba

Punca-punca Keruntuhan Akhlak Remaja

LIM NGEE HSING (204163)

Faktor remaja itu sendiri


Tekanan dalam pelajaran
o Secara purata, setiap pelajar mempunyai 8 hingga 10 subjek untuk belajar bagi peperiksaan, mahupun peperiksaan di sekolah, UPSR, PMR, SPM ataupun STPM.
o Selain itu, sesetengah pelajar menghadiri kelas tambahan dan kelas tuisyen dan mempunyai kerja yang diperuntukkan oleh guru tuisyen.

Tekanan daripada ibu bapa yang suka mengongkong
o Bukan salah ibu bapa untuk mengambil tahu tentang aktiviti seharian anak-anak tetapi jika ibu bapa terlalu mengongkong, anak-anak akan berasa kekurangan kebebasan dan privasi untuk melakukan perkara yang diminati.
o Sesetengah remaja tidak tahan akan ibu bapa mereka dan berfikir untuk melarikan diri dari rumah.

Sikap ingin mencuba
o Contohnya, sekiranya remaja itu mula merokok, lama-kelamaan dia akan mula mencuba dadah dan akan menjadi seorang penagih dadah
o Kalau perkara tersebut menjadi serius, remaja itu akan mencederakan keluarganya, orang lain serta mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah.

Media massa
o Pada zaman perkembangan ICT yang luas ini, ICT tersebut memainkan peranan yang penting kerana ia bersifat secara globalisasi.
o Sebagai contoh, internet dapat mewujudkan satu perhubungan antara negara-negara, secara tidak langsung seseorang remaja terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar negara atau negara asing.
o Selain itu, penapisan media yang kurang tegas. Contohnya, filem negara asing yang mempunyai unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada penapisan yang tegas dilaksanakan, maka masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterisme akan berleluasa di negara kita.

Punca-punca Keruntuhan Akhlak Remaja

TAN EE LEEN (204096)

Faktor Ibu Bapa
 Ibu bapa yang bersifat materialistik sibuk mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak mereka terutamanya remaja pada hari ini. Remaja yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya akan melakukan perkara maksiat kerana mereka menganggap bahawa mereka tidak dikongkong oleh ibu bapanya dan dapat melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hati.

Faktor Latar Belakang
 Kebanyakan remaja yang berasal dari keluarga berada selalunya membazirkan masa dan wang ibu bapanya dalam perkara yang sia-sia.
 Contohnya, melayari internet di siber kafe, melepak di pusat hiburan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai wang saku yang berlebihan.
 Sebaliknya, golongan miskin akan memikirkan cara perbelanjaan dan mereka akan menggunakan wang tersebut dengan bermanfaat. Tuntasnya, latar belakang yang berbeza yang dapat menentukan ahklak seseorang.

Keadaan Keluarga Yang Tidak Harmoni
 Ibu bapa yang selalu bergaduh akan menyebabkan pertumbuhan mental anak mereka menjadi tidak seimbang.
 Sebagai akibatnya, berlakunya kes-kes gangsterlisme, vandalisme, kes penderaan dan sebagainya.
 Masalah penceraian ibu bapa juga faktor yang menjadikan seseorang remaja silap menjejaki kaki dalam perbuatan negatif.

Punca-punca Keruntuhan Akhlak Remaja

HOE MEI QUIN (204025)

Kekurangan Ajaran Agama
 Agama merupakan ajaran bagi seseorang insan untuk berlakuan baik.
 Namun, keluarga pada zaman kini kurang mementingkan ajaran agama.
 Sebagai kesannya, remaja tidak mempunyai jati diri dan kurang berhemah tinggi kerana mereka tidak mengamalkan pengajaran agama.
 Sebagai contoh, remaja kini kurang menghormati orang tua dan selalunya melakukan perbuatan negatif di luar jangkaan.

 
Pengaruh Rakan Sebaya
 Hal ini adalah kebenaran kerana rakan sebaya merupakan golongan umur yang paling dekat.
 Jadi kebanyakan mereka mempunyai ideologi yang sama dan ‘sense of belonging’ yang kuat dalam kalangan mereka.
 Sebagai contoh, jika seseorang yang berkawan dengan rakan negatif yang memujuk untuk menyertai kegiatan haram seperti menagih dadah dan perlumbaan haram, jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang kuat, maka dia akan mudah terpengaruh oleh rakan negatif.

 
 
 Faktor pihak sekolah yang kurang memberi perhatian kepada pelajar.

 Sesetengah guru yang cuma memberi perhatian kepada pelajar cemerlang dan tidak mempedulikan pelajar yang lemah dalam pelajaran.
 Guru menganggap bahawa pelajar yang lemah, tidak akan maju dalam pelajaran dan cuma akan membuang masa mengajar pelajar sebegini.
 Guru kaunseling tidak memberi bantuan kaunseling yang patut diberikan pada pelajar bermasalah disiplin.

Contoh Kesan-kesan Keruntuhan Remaja

NURUL ANEESA BINTI MUSTAFFA (204414)


ISU-ISU SEMASA (DIPETIK DARI KERATAN AKHBAR).


KES 1: 21 PELAJAR HAMIL LUAR NIKAH
(FAKTA: 20 KES SUKA SAMA SUKA,1 KES ROGOL)

     KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang dikesan Kementerian Pelajaran Malaysia. Timbalan Menteri Pelajaran,Dr Mohd Puad Zarkashi berkata,12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan 9 di kawasan bandar. “Siasatan kementerian menunjukkan 20 kes bedasarkan suka sama suka antara pasangan manakala 1 kes membabitkan kes rogol,” katanya. Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam, beliau berkata, semua kes berlaku dalam kawasan perumahan masing-masing. Menurut beliau, maklumat itu diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. “Sebagai usaha menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.
     Beliau berkata, kebanyakan kes berlaku kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga. “Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya lebih prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka,”katanya.

(Harian Metro,Khamis,29 Julai 2010,muka surat 42).


KES 2: KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA MENYUMBANG KEPADA LAMBAKAN KES

     KULIM: Kegoyahan institusi rumah tangga antara faktor penyebab lambakan kes maksiat seperti khalwat dan sumbang mahram berikutan kurangnya kawalan ahli keluarga. Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Kulim, Abdul Halim Yusuf, berkata, kebanyakan yang terbabit dalam kes khalwat adalah mereka yang memiliki keluarga berpecah-belah terutamanya keluarga yang bercerai. “Anak-anak yang datang dari keluarga yang mana ibu bapanya bercerai biasanya mempunyai masalah kerana mereka kurang perhatian daripada keluarga dan sewenang-sewenangnya melakukan apa sahaja,” katanya. Selain itu, berdasarkan kes yang dikendalikan mahkamah turut mendapati golongan remaja berusia 16 hingga 18 tahun adalah golongan yang paling ramai terbabit dengan kes maksiat selain pelajar institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta dan pelajar sekolah. Beliau berkata, tidak ketinggalan, golongan ibu tunggal yang dicerai atau ditinggal suami dan digantung tidak bertali turut terbabit dalam kes khalwat.
     Abdul Halim berkata, semua kes khalwat yang ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Kulim Kedah(PADK) akan disiasat dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Kulim. “Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah walaupun dia seorang pelajar, penjawat awam atau sesiapa saja. “Orang ramai jangan memperlekeh undang-undang Islam di Malaysia kerana Mahkamah Syariah tidak akan melepaskan pesalah serta memandang serius kes berkaitan agama Islam,” katanya yang ditemui ketika memusnahkan fail kes Mahkamah Syariah, semalam. Mahkamah Rendah Syariah Kulim kelmarin melupuskan 4,912 fail kes yang sudah diselesaikan di tapak pelupusan sampah Sungai Kob, Kulim. Abdul Halim berkata, fail kes yang dimusnahkan adalah kes syariah yang dibicarakan bermula dari 1968 hingga 1999 dan kes jenayah bermula 1977 hingga 2006.

(Harian Metro,Sabtu,31 Julai 2010,m/s 38)

Langkah-langkah Mengatasi Keruntuhan Akhlak Remaja

NURUL TAUFIQAH BINTI AMZAH (204413)


Peranan Individu

• Mendekatkan diri kepada Tuhan.
=Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
=Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.
=Mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin.

• Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling.
=Jangan malu untuk berkongsi masalah. Luahkan segala masalah yang dialami.
=Dapat mengurangkan masalah atau beban yang ditanggung.
=Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
=Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka.

• Tetapkan target atau bina satu azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti.
=Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu itu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
=Sentiasa yakin diri bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.

• Mengamalkan cara hidup yang sihat (positif).
=Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
=Melakukan senaman secara sistematik
=Mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang berkualiti.
=Menghindari diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya.

Langkah-langkah Mengatasi Keruntuhan Akhlak Remaja

NURUL FARHANA BINTI IDRIS (204270)

Peranan Ibu Bapa

• Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
• Ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka.
• Mereka juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan anak-anak terjebak dalam gejala negatif, aktiviti yang tidak bermoral dan budaya kuning seperti:
=Black metal
=Punk
=Penyalahgunaan dadah
=Kes membuang bayi dan lain-lain.

• Mereka berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawalan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.
• Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa dengan baik.
• Mereka harus memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak untuk berjaya.
• Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan anak-anak dalam pergaulan.
• Ibu bapa meluangkan banyak masa untuk anak-anak terutamanya pada hujung minggu dan beriadah bersama-sama.
• Mereka janganlah terlalu taksub degan dunia pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.
• Mereka harus sentiasa berada di sisi anak-anak ketika anak-anak berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak.

Langkah-langkah Mengatasi Keruntuhan Akhlak Remaja

HONG HOOI KIM (204374)


Peranan Rakan Sebaya

Dengan kemudahan teknologi yang semakin hari semakin maju ke hadapan, tetapi para remaja tetap tidak dapat membezakan antara kaca dan permata dalam proses memilih kawan atau pasangan. Terdapat dua kategori iaitu :

a) Kawan yang baik, selalu menasihati
b) Kawan yang jahat, yang akan menyesatkan kita



Rakan sebaya dapat membantu dalam mengatasi keruntuhan akhlak remaja dengan:
 Mejadi teladan yang baik kepada rakan-rakan.
     o Dengan cara ini, rakan-rakan akan saling mempengaruhi supaya dapat mengelak daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
     o Rakan-rakan yang baik akan sentiasa memberi motivasi kepada rakan mereka supaya mereka tidak mudah tergoda dengan aktiviti yang tidak menyihatkan seperti melakukan aktiviti pergaulan seks bebas, vandelisme dan sebagainya.
     o Biasanya remaja sekarang mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Sekiranya rakan-rakan di sekeliling mereka mempunyai teladan yang baik maka mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh unsur yang negatif.

 Selalu berfikiran positif
     o Ini merupakan cara yang baik untuk membantu rakan-rakan. Apabila kita menasihati rakan-rakan kita tidak harus bercakap berdasarkan pandangan kita sahaja tetapi member fakta yang kukuh
     o Rakan –rakan seharusnya saling membimbing antara satu sama lain tetapi bukan mengkritik
     o Rakan rakan perlu sentiasa manjadi pendengar yang baik supaya perasaan deprasi mereka akan dihilangkan dan elak daripada melakukan perkara yang tidak bermanfaat

 Selalu melakukan aktiviti secara berkumpulan
     o Sekiranya antara rakan-rakan dapat melakukan aktiviti yang bermanfaat secara berkumpulan maka mereka tidak akan berasa terpinggir daripada masyarakat
     o Hal ini disebabkan mereka akan berasa perasaan kemesraan dalam kumpulan itu dan bersemangat dalam melakukan setiap perkara
     o Persahabatan antara satu sama lain juga akan dikukuhkam


Oleh itu remaja sekarang mestilah pandai dalam menilai dan memilih kawan agar menjadi insan yang berguna. Selain itu, sahabat yang baik dapat menasihati dan membantu kita di saat kita senang dan susah. Rakan-rakan yang lebih baik boleh menyesatkan kita ke jalan yang lebih teruk

Langkah-langkah Mengatasi Keruntuhan Akhlak Remaja

NADIAH BINTI SHAMSAIMUN (200398)


Peranan Kerajaan


• Mengadakan kerjasama daripada pelbagai pihak.
Kerjasama antara setiap agensi adalah penting dalam usaha mengembleng keruntuhan akhlak remaja. Tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak, sesuatu tindakan atau usaha sukar untuk membuahkan hasil.

Contoh:
Kempen anti-rokok sering diadakan. Namun, dapat dilihat masih ramai remaja yang merokok. Hal ini demikian kerana tiada kerjasama daripada semua pihak. Walaupun kerajaan sering kali menganjurkan kempen, pengeluaran dan penghasilan rokok masih tidak disekat. Selain itu, beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah dibentuk bagi menangani masalah sosial di samping mengubati penyakit keruntuhan akhlak remaja. Agensi Dadah Kebangsaan dan Yayasan Pencegah Jenayah Negeri merupakan contoh-contoh agensi yang telah ditubuhkan di Malaysia.

• Mengadakan kempen solat bagi golongan Muslim.
Memandangkan gejala ini dihadapi kebanyakan daripada golongan Melayu, maka satu pendekatan keislaman haruslah diambil bagi menangani masalah ini. Sekiranya penyakit ini dapat diubati dalam komuniti Islam, hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi komuniti bukan Islam untuk turut menyelesaikan masalah dalam komuniti bukan Islam. Solat merupakan tiang agama. Remaja mampu dicegah daripada melakukan perkara-perkara munkar dengan mendirikan solat. Solat juga mampu membentuk peribadi individu serta membentuk masyarakat serta komuniti Islam yang sempurna.

• Mengadakan kempen memadahkan perkahwinan.
Remaja yang berkeinginan untuk berkahwin hendaklah disegerakan bagi mengelakkan terjebak dalam lembah kemaksiatan. Kerajaan juga harus memberikan kemudahan atau intensif kewangan kepada individu yang berkeinginan tetapi tidak berkemampuan untuk berkahwin.