8/30/10

Contoh Kesan-kesan Keruntuhan Remaja

NURUL ANEESA BINTI MUSTAFFA (204414)


ISU-ISU SEMASA (DIPETIK DARI KERATAN AKHBAR).


KES 1: 21 PELAJAR HAMIL LUAR NIKAH
(FAKTA: 20 KES SUKA SAMA SUKA,1 KES ROGOL)

     KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang dikesan Kementerian Pelajaran Malaysia. Timbalan Menteri Pelajaran,Dr Mohd Puad Zarkashi berkata,12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan 9 di kawasan bandar. “Siasatan kementerian menunjukkan 20 kes bedasarkan suka sama suka antara pasangan manakala 1 kes membabitkan kes rogol,” katanya. Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam, beliau berkata, semua kes berlaku dalam kawasan perumahan masing-masing. Menurut beliau, maklumat itu diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. “Sebagai usaha menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.
     Beliau berkata, kebanyakan kes berlaku kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga. “Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya lebih prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka,”katanya.

(Harian Metro,Khamis,29 Julai 2010,muka surat 42).


KES 2: KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA MENYUMBANG KEPADA LAMBAKAN KES

     KULIM: Kegoyahan institusi rumah tangga antara faktor penyebab lambakan kes maksiat seperti khalwat dan sumbang mahram berikutan kurangnya kawalan ahli keluarga. Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Kulim, Abdul Halim Yusuf, berkata, kebanyakan yang terbabit dalam kes khalwat adalah mereka yang memiliki keluarga berpecah-belah terutamanya keluarga yang bercerai. “Anak-anak yang datang dari keluarga yang mana ibu bapanya bercerai biasanya mempunyai masalah kerana mereka kurang perhatian daripada keluarga dan sewenang-sewenangnya melakukan apa sahaja,” katanya. Selain itu, berdasarkan kes yang dikendalikan mahkamah turut mendapati golongan remaja berusia 16 hingga 18 tahun adalah golongan yang paling ramai terbabit dengan kes maksiat selain pelajar institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta dan pelajar sekolah. Beliau berkata, tidak ketinggalan, golongan ibu tunggal yang dicerai atau ditinggal suami dan digantung tidak bertali turut terbabit dalam kes khalwat.
     Abdul Halim berkata, semua kes khalwat yang ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Kulim Kedah(PADK) akan disiasat dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Kulim. “Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah walaupun dia seorang pelajar, penjawat awam atau sesiapa saja. “Orang ramai jangan memperlekeh undang-undang Islam di Malaysia kerana Mahkamah Syariah tidak akan melepaskan pesalah serta memandang serius kes berkaitan agama Islam,” katanya yang ditemui ketika memusnahkan fail kes Mahkamah Syariah, semalam. Mahkamah Rendah Syariah Kulim kelmarin melupuskan 4,912 fail kes yang sudah diselesaikan di tapak pelupusan sampah Sungai Kob, Kulim. Abdul Halim berkata, fail kes yang dimusnahkan adalah kes syariah yang dibicarakan bermula dari 1968 hingga 1999 dan kes jenayah bermula 1977 hingga 2006.

(Harian Metro,Sabtu,31 Julai 2010,m/s 38)

No comments:

Post a Comment