TAN EE LEEN (204096)
Faktor Ibu Bapa
Ibu bapa yang bersifat materialistik sibuk mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak mereka terutamanya remaja pada hari ini. Remaja yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya akan melakukan perkara maksiat kerana mereka menganggap bahawa mereka tidak dikongkong oleh ibu bapanya dan dapat melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hati.
Faktor Latar Belakang
Kebanyakan remaja yang berasal dari keluarga berada selalunya membazirkan masa dan wang ibu bapanya dalam perkara yang sia-sia.
Contohnya, melayari internet di siber kafe, melepak di pusat hiburan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai wang saku yang berlebihan.
Sebaliknya, golongan miskin akan memikirkan cara perbelanjaan dan mereka akan menggunakan wang tersebut dengan bermanfaat. Tuntasnya, latar belakang yang berbeza yang dapat menentukan ahklak seseorang.
Keadaan Keluarga Yang Tidak Harmoni
Ibu bapa yang selalu bergaduh akan menyebabkan pertumbuhan mental anak mereka menjadi tidak seimbang.
Sebagai akibatnya, berlakunya kes-kes gangsterlisme, vandalisme, kes penderaan dan sebagainya.
Masalah penceraian ibu bapa juga faktor yang menjadikan seseorang remaja silap menjejaki kaki dalam perbuatan negatif.
No comments:
Post a Comment