8/30/10

Langkah-langkah Mengatasi Keruntuhan Akhlak Remaja

NADIAH BINTI SHAMSAIMUN (200398)


Peranan Kerajaan


• Mengadakan kerjasama daripada pelbagai pihak.
Kerjasama antara setiap agensi adalah penting dalam usaha mengembleng keruntuhan akhlak remaja. Tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak, sesuatu tindakan atau usaha sukar untuk membuahkan hasil.

Contoh:
Kempen anti-rokok sering diadakan. Namun, dapat dilihat masih ramai remaja yang merokok. Hal ini demikian kerana tiada kerjasama daripada semua pihak. Walaupun kerajaan sering kali menganjurkan kempen, pengeluaran dan penghasilan rokok masih tidak disekat. Selain itu, beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah dibentuk bagi menangani masalah sosial di samping mengubati penyakit keruntuhan akhlak remaja. Agensi Dadah Kebangsaan dan Yayasan Pencegah Jenayah Negeri merupakan contoh-contoh agensi yang telah ditubuhkan di Malaysia.

• Mengadakan kempen solat bagi golongan Muslim.
Memandangkan gejala ini dihadapi kebanyakan daripada golongan Melayu, maka satu pendekatan keislaman haruslah diambil bagi menangani masalah ini. Sekiranya penyakit ini dapat diubati dalam komuniti Islam, hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi komuniti bukan Islam untuk turut menyelesaikan masalah dalam komuniti bukan Islam. Solat merupakan tiang agama. Remaja mampu dicegah daripada melakukan perkara-perkara munkar dengan mendirikan solat. Solat juga mampu membentuk peribadi individu serta membentuk masyarakat serta komuniti Islam yang sempurna.

• Mengadakan kempen memadahkan perkahwinan.
Remaja yang berkeinginan untuk berkahwin hendaklah disegerakan bagi mengelakkan terjebak dalam lembah kemaksiatan. Kerajaan juga harus memberikan kemudahan atau intensif kewangan kepada individu yang berkeinginan tetapi tidak berkemampuan untuk berkahwin.

No comments:

Post a Comment